Tuesday, March 12, 2013

Umrah 2013 ( Day 3 - 10 : 16 - 22 Feb 2013 )

AllahuAkbar.. AllahuAkbar.. AllahuAkbar...
Menitis air mata saya pertama kali melihat kaabah... buat pertama kali seumur hidup ini... Alhamdulilah dalam usia 29 tahun 11 bulan saya berpeluang menjadi tetamu Allah di Tanah Suci.. SYukur yang teramat dipanjatkan kepada Yang Maha Esa kerana memilih diri yang serba kekurangan ini menjadi tetamu NYA.. Saya mendoakan semua rakan-rakan dan kenalan serta saudara mara saya juga berpeluang ke tanah suci....


Bersama sahabat seumrah ku Cik Lina Johan... kami berdua selalu g masjid berdua.. semoga persahabatan yang terbina di tanah suci berkekalan ke akhirnya.. 

Jalan ke hotel.. daripada MasjidilHaram cuma dalam 250m sahaja.. selepas selesai solat, penuh sepanjang jalan golongan penjual2 menjalankan urusniaga.. ada jual jubah, minyak wangi, jubah, baju2, dan mcm2... tak lupa juga tudung2 shawl.. tapi bila polis pak arab datang.. kesian mereka mereka para penjual ini akan membungkus barang mereka dgn pantasnya dan lari menyelamatkan diri... saya dan adik selalu menyaksikan situasi sebegitu.. mereka terpaksa ciput lari sebelom tertangkap...


Sedapnya aiskrim ini... ada 2 kedai eskrem ni sepanjang laluan sampai ke hotel kami... satu bekas ni dalam 3 riyal.. sedap betul! kami 2 beradik mmg suka teramat..


Perjalanan masuk ke Masjidil Haram... ada burung merpati belah kanan tu... 


Setiap kali selepas  waktu solat fardu, pasti ada solat jenazah juga.. 


Inilah MasjidilHaram yang kurindui... Ya Allah, jemputlah lagi diriku ini menjadi tetamu MU.. sesungguhnya diriku sungguh tenang dan damai sepanjang berada di Tanah Suci.. ketenangan yang x pernah kutemui sebelom ini... 


Hotel kami di Tanah Suci.. Saraya Ajyad.. dekat saja dengan Masjidil Haram..


Kat sinilah rak kasut... selalunya kita akan letak dalam beg kasut then simpan di cni.. ada juga yang bawak bersama masuk ke dalam masjid.. tapi leceh ckit sbb byk plak brg n takut ganggu ms nk solat.. tapi boleh je kadang2 saya letak bwh kerusi makcik2 yg solat menggunakan kerusi.. adik saya awl2 lagi dah hilang kasutnya.. saya pula hilang pada hari ke 6 kot...  akibat gelakkan nenek saudara yang balik ke hotel pakai stoking sahaja.. x lama lepas tu, terus kasut sy pula yg hilang :) Istifar saya dalam hati.. 



Inilah pintu utama Masjidil Haram.. Pintu abdul Aziz...



Para pekerja MasjidilHaram yang x putus2 membersihkan masjid... setiap masa! lantai sentiasa bersih...
Kalau sesiapa nak bersedekah, berilah sedekah kepada mereka2 ini yang bertungkus lumus menjaga kebersihan masjid.. Bila masuk waktu, terus pekerja2 ini masuk Saf dan solat... 


Ini pintu untuk wanita sahaja.... tapi saya jarang gunakan pintu ini.. saya selalu guna pintu 6..


Adik saya, Atam bersama Makcik2 n pakcik saya di luar hotel...


































No comments:

Post a Comment

Thank You