Tuesday, April 28, 2009

Sharing is Caring

Antara isi ceramah berkaitan pengurusan yang disampaikan oleh KJ JKA, POli KUlim.. aku sgt suke dgn wors yang dia bagi di bawah...

6 Most important words :
"I admit i made a mistake"

5 Most important words :
"You did a good job"

4 Most important words :
"What is your opinion"

3 Most important words :
"If you please"

2 Most important words :
"Thank you"

The LEAST most important words :
"I" dont use I.. but use "WE".. as a teamwork

"Pendiam tak bererti bodoh, banyak bercakap tak semestinya cerdik..kerana kecerdikan itu bukannya fikiran... Org cerdik yang pendiam adalah lebih baik dari orang bodoh yang bercakap..Isi perbualan si cerdik adalah ILMU...

Induksi - Day 10

aku bz skitla kebelakangan ni.. tp aku nk share input dr penceramah aku... pasal pengurusan.. kite kalo diberi araha kerja oleh KJ/Pengarah.. terima dengan tenang.. cuba selesaikan.. sebab ade hikmah di sebaliknya... sbnrnya..proses kerja itu membuatkan kite belajar sesuatu yg baru... even aku terpikir sendiri.. aku byk sgt bebanan kerja sampingan di kolej tp aku nk cuba menjad org yg redha... aku pegang SU II unit kualiti, buletin, kajian graduan, unit kaunseling, penyelia lab, SU program sks..ade lg ke ek yg tertinggal.. kerja adalah satu ibadah...

Saturday, April 25, 2009

Induksi - Day 7

Dah hari ke-7..pecam celik sekejap je masa berlalu.. arini slot2 sangat menarik.. aku suka slot2 untuk arini... pagi td ade slot "STRUKTUR ORGANISASI KPT"... penceramah berna en Adek ahmad... sangat menarikla juga ceramah beliau.. setiap satu unit dan jabatan di kpt telah diterangkan oleh beliau dengan sangat terperinci...

Untuk slot kedua ialah berkaitan "PEROLEHAN HARTA AWAM".. ceramah disampaikan oleh En Engku Muhammad dari PKB.. menarik juga bab ni sebab aku banyak terlibat cntohnya hal berkaitan KEW PA... seterusnya juga diterangkan berkaitan pelupusan..pembelian dan hapus kira aset2 dan harta modal...

kenapa kite perlu lupus kan aset kita?? pertama adalah sebab nak jimatkan ruang..kedua sebab dah usang..napa nk simpan lagi.. ketiga dan seterunya ade la lagik...

malam ni aku dok siapkan assignment aku jek... bila dah siap ass leh relax2 skit... leh tumpu untuk study ajek..

Friday, April 24, 2009

Induksi - Day 6

Penderitaan aku dah berakhir.. ptg td aku dah lepas utk public speaking... rs lega gile.. nerves beb kena berucap dpn pensyarah2 poli n kk seramai hampir 80 org.. yg best tu bila dah dpt mikrofon tu ilang plak nerves.. mcm syok plak bercakap.. hahah

arini aku nk share.. slot arini adalah berkaitan dengan dasar-dasar kerajaan.. antara dasar2 kerajaan adalah dasar pendidikan..dasar penswastaan..dasar pensyarikatan.. dan byk lg dasar lain.. slot ni sgt bosan.. tp terpeksala lalui.. tambah2 nerves nk public speaking.. duduk x tenang.. gelisah.. mcm nk tunggu present psm dulu je rsnya..

slot ni ade assignment.. lepas kelas td group aku telah duduk berbincang pasal assignment kami.. sangat komited masing2.. jadi aku pon komited la juga.. x jadi nk main2.. ahaha.. masa lunch hour td sempat gak aku dok melawat kwn2 di mitc.. mereka sdg bz utk pendaftran dan latihan konvo... terjumpa kwn2 office.. cth kak tuty yg manja, kak iza yg cute, kak nita, kak mimah, kak yunis, kak pn akma.. dan lain2 lagik.. sedey gak rs x dpt join mereka utk bekerja semasa konvo.. terkenang majlis konvokesyen yg lepas di stadium nilai...

okla kwn2.. aku nk solat jap.. pastu g makan n pastu nk ready.. tibe2 malam ni ade slot la plaks.. penat gak rsnya.. tp okla kot.. sbb jiwa rs sronok sgt ms induksi ni.. dpt kenal ramai kwn... :)

Thursday, April 23, 2009

Induksi - Day 5

Hari ni genaplah hari ke 5 in duksi.. ade lg 7 ari... aku tgh nerves ni sbb besok aku kena public speaking.. utk kwn2 yg lom gi induksi.. ready key.. kite dikehendaki wat public speaking around 5 minutes .. cte pasal apa2 aje pon bley..

td ade slot BUDAYA KERJA KELAS PERTAMA.. sbelom tu pasal WAWASAN KPT.. smalam nilai etika dan perintah am.. dan byk lgikla..

aku ni tgh dok siapkan assignment.. induksi ni akan ade assignment ek.. ade 3 individu dan 3 grouping.. aku rs enjoy sgtla dtg induksi nih.. lupe urusan kerja2 pejabat.. cuma sometimes kwn2 office kol la jugak pasal kajian graduan sbb aku yg jaga graduan..kebetulan konvo 25 hb ni.; aku xde..

nk story gak.. housemate aku kak gee.. tgh sarat mengandung.. tp dia dtg la jugak induksi sbb due dia around 2 weeks.. tiba2 pagi selasa tu dia bitau aku..nissak..ade darah kuar.. tp x sakit.. aku dah cuak.. aku ckp.. kak....kite nk wat ape nih.. dia kata relax la dulu..jom dgr ceramah... mlm tu sian dia mcm x lena tido sbb kaki krem, baby menolak2 dll lg.. esoknya hari rabu lepas lunch dia ckp lg.. nissakk.... ada drh kuar lagikkkk.. byk dr semalammm.. aku dah lagik naik gabra.. aku ckp.. akakkkk bek g spital jek.. kebetulan ptg smalam dia ade app dgn hospital.. nk dijadikan cerita..pukul 3 ptg dia msg aku..dia kata dia kena tahan dlm wad sebab dah buka 3cm!!

ms tu aku doakan semoga dia selamat beranak.. alhamdulilah pukul 10.30 malam td kak gee selamat melahirkan baby boy di hospital pantai.. kecoh la geng2 induksi kat cni sebab ade baby induksi la plaks... dak2 laki suh namakan baby tu MOHD INDUKSI.. sengal tul.. ahaha masa kul 10 pg td aku sempat g melawat kak gee kejap.. cute baby dia... aku wish dia selamat berehat...

so utk kwn2 lain... prepare yourself for induksi key.. macam2 leh berlaku ms induksi.. induksi amat penting utk pengesahan jawatan anda...

p/s to ilyana : member dr kkmentakab ade sama goup aku.. aishah+nurulhuda
p/s to shieda : member dr kkjelebu ade sama group aku.. fasli+awanis+x igt nama dia..
p/s to mekna" membr dr polisas ade.. ramai.. yg aku ingAT..kak norlini.. maybe ko x kenal kot.. hehehe

Monday, April 20, 2009

Kursus Induksi Kump 1 Siri 12-2009

Assalamualaikum kawan2..

start 19-30 april ni aku berkursus di kings hotel malacca... kursus induksi ni wajib untuk setiap penjawat awam di seluruh negara.. aku siri ke-12.. member2 aku sumer berpecah2.. yg sama dgn aku adalah rajabunesha dan kak gee (yazidatul fauziah).. di kings hotel ni ade 2 siri iaitu siri 11 dan siri 12.. tp sepanjang kursus..kami dipecahkan ikot siri.. siri aku ni saja dah mencecah 80++ org..

seb bek la ade wireless kat hotel nih.. so xdela boring sangat..

aku igt nk story about penang dlm blog ni.. 15-17 hb yg lepas aku bwk student sks g lawatan ke penang.. sgt menarik..alhamdulilah apa yg aku plan sumer berjalan dgn lancar.. aku x sempat upload pic lg..

Wednesday, April 8, 2009

Renungan...


Sebagai renungan kita bersama...

1. Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ?
2. Apa yang paling jauh dari kita di dunia ?
3. Apa yang paling besar di dunia ?
4. Apa yang paling berat di dunia ?
5. Apa yang paling ringan di dunia ?
6. Apa yang paling tajam di dunia ?


Suatu hari, Imam Al Ghozali berkumpul dengan murid-muridnya.
Lalu Imam Al Ghozali bertanya....

Pertama, "Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?".
Murid-muridnya menjawab, "Orang tua, guru, kawan dan sahabatnya".

Imam Ghozali menjelaskan semua jawapan itu benar.
Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "MATI". Sebab itu sememangnya janji Allah SWT bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran : 185)

Lalu Imam Ghozali meneruskan pertanyaan yang kedua....
"Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?". Murid-muridnya menjawab
"Negara Cina, bulan, matahari dan bintang-bintang".
Lalu Imam Ghozali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan itu adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "MASA LALU".

Walau dengan apa cara sekalipun kita tidak dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Lalu Imam Ghozali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga....
"Apa yang paling besar di dunia ini?".
Murid-muridnya menjawah, "Gunung, bumi dan matahari". Semua jawapan itu benar kata Imam Ghozali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "NAFSU" (Al A'Raf : 179). Maka kita harus berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa
kita ke neraka.

Pertanyaan keempat adalah, "Apa yang paling berat di dunia ini?" Ada yang
menjawab "besi dan gajah". Semua jawapan adalah benar, kata Imam Ghozali,
tapi yang paling berat adalah "MEMEGANG AMANAH" (Al Ahzab : 72).
Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika
Allah SWT meminta mereka untuk menjadi kalifah (pemimpin) di dunia ini.
Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga
banyak dari manusia masuk ke neraka karena ia tidak dapat memegang
amanahnya.

Pertanyaan yang kelima adalah, "Apa yang paling ringan di dunia ini?"...
Ada yang menjawab "kapas, angin, debu dan daun-daunan". Semua itu benar kata
Imam Ghozali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan
Sholat.
Gara-gara pekerjaan kita meninggalkan sholat, gara-gara bermesyuarat
kita meninggalkan sholat.

Dan pertanyaan keenam adalah, "Apakah yang paling tajam di dunia ini?"...
Murid-muridnya menjawab dengan serentak, "pedang". Benar kata Imam Ghozali,
tapi yang paling tajam adalah "LIDAH MANUSIA". Karena melalui lidah, Manusia
selalunya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Tuesday, April 7, 2009

Trip to SARAWAK

Tarikh : 4 apr & 5 apr
Tempat : Kuching Sarawak (miow miow)
Penyertaan : aku, ubai, k.akma, k.izzah, k.onah,mak ijah, k.fatin, adik2 ubai,adik k.akma
Tempat lawatan: Serikin, Waterfront, Kilang kek lapis Dayang Salhah, Kedai Pasu & persekitaran bandar Kuching










LUASNYA NERAKA

Assalam Mu'alaikum Wbrth!!!
Sahabat semua...bacalah. ... Ya Allah... takutnyer... bacelah sampai habis.. skjap jer.. x smp 5 minit..pun!! !
YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.
Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH. Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN.

.... .: Luasnya Neraka :.

Yazid Arraqqasyi dari Ana s bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.: 'Mengapa aku melihat kau berubah muka?'

Jawabnya: 'Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya...'

Lalu nabi s.a.w.. bersabda: 'Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam.' Jawabnya: 'Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.

Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.'

Nabi s.a.w. bertanya: 'Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?'

Jawabnya: 'Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.' (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w..: 'Siapakah penduduk masing-masing pintu?' Jawab Jibrail: 'Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.

Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,
Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.
Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,
Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah..
Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.' Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya:
'Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?'
Jawabnya: 'Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.'
Maka nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar nabi saw bersabda: 'Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?'
Jawabnya: 'Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.' Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai')
Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku..
Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.....

Wallahua' lam. Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159 Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterang an dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

Dari Abdullah bin 'Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda:' Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.. SEPULUH ORANG YANG MAYATNYA TIDAK BUSUK DAN TIDAK REPUT DI HARI QIAMAT KELAK!!!
Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.

Bertanya orang kepada Rasulullah saw : 'Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?' Maka jawabnya Rasulullah saw 'Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'.' Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan.

Maka memanggillah dari zat yang memanggil.. Bukanlah debu 'itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN' mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian' Siratul Mustaqim dan memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :-
1. Para Nabi
2 Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10.Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

Wednesday, April 1, 2009

My Own Baju Kurung!

Hai korg.. aku nk upload kan baju kurung buatan sendiri.. hasil yang cukup memuaskan.. he he he.. sebab baju ni adalah kerjasama aku n ubai .. ubai tolong potong kain dgn bantuan kak akma.. dan aku jahit baju ni sampai siap dgn bantuan kak akma juga.. kak akma tolong part yg susah contoh mcm leher n zip.. aku kena byk berlatih lg nk jahit leher n zip.. sbb nk jahit zip ni kena tukor tapak...



inilah tukang potong aku... TQ so much ubai coz tlg potong baju aku...inilah hasilnya.. kos baju rm6.50 semeter.. x 4meter total baju rm 26.. upah jahit rm0... heheheheheheheheheheheh