Wednesday, August 5, 2009

H1N1

Situasi semasa Influenza A(H1N1)(Setakat 4 Ogos 2009, jam 8.00 pagi)

Jumlah Kes di Malaysia: 1,460 termasuk 8 kematian.

574 (39.4%) merupakan kes import dan 886 (60.6%) kes jangkitan tempatan. Daripada jumlah ini, 1,410 kes (96.5%) telah sembuh, hanya 27 kes atau 1.8% sahaja yang sedang menerima rawatan antiviral di hospital di mana 10 daripadanya berada di Unit Rawatan Rapi. Dua puluh tiga (23) orang atau 1% sedang menerima rawatan antiviral di rumah.

Daripada 10 kes yang berada di Unit Rawatan Rapi, 3 daripada mereka mempunyai faktor risiko iaitu obesiti (1), wanita lepas bersalin (1) dan imuniti rendah (2).
Bagi 14 kes tersebut, 1 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 13 orang menerima rawatan pesakit luar.


Bagaimanakah Influenza A (H1N1) merebak?

Virus influenza A (H1N1) berjangkit daripada manusia ke manusia yang lain melalui titisan cecair pernafasan (iaitu ketika bercakap, bersin atau batuk)

Sesiapa sahaja yang berhubung rapat (kira- kira 1 meter) dengan mereka yang mempunyai gejala selesema seperti demam, bersin, batuk, selesema, menggigil, sakit sendi dan lain-lain adalah berisiko untuk terdedah kepada titisan cecair pernafasan yang berjangkit.

Siapakah yang berisiko tinggi akibat jangkitan Influenza A (H1N1)?

Kanak-kanak berusia kurang 5 tahun
Individu berusia 65 tahun dan ke atas
Kanak-kanak dan remaja (< 18 tahun) yang mengambil terapi aspirin bagi jangka waktu panjang
Wanita mengandung
Dewasa dan kanak-kanak yang mempunyai penyakit asma, pulmonari kronik, kardiovaskular, hepatik, hematologikal, neurologik, neuromaskular atau penyakit metabolik seperti Diabetes
Dewasa dan kanak-kanak yang mempunyai sistem imuniti yang rendah (immunosuppression)
Individu yang menginap di rumah kebajikan dan institusi penjagaan yang lain

No comments:

Post a Comment

Thank You