Tuesday, November 17, 2009

InoReKa 2009

12-15 Nov 09 KKMT (kolej aku) telah menjadi tuan rumah utk program Inoreka (Inovasi, Rekacipta & Kemahiran).. Inoreka adalah pertandingan antara semua kolej komuniti peringkat kebangsaan yang diadakan 2thn sekali.. ni kali ke-2.. kali pertama dibuat di kk gerik..

So inoreka 09 diadakan di Melaka & JK tertinggi telah menetapkan utk diadakan di Dataran Pahlawan Melaka.. Perasmian oleh Menteri pengajian Tinggi, Datuk Khaled Nordin.. Alhamdulilah sumer berjalan lancar.. masalah skit2 tu mmgla ade tp x menjejaskan majlis.. sebelom inoreka berlangsung aku diletakkan di bawah JK Promosi.. so aku telah mengedarkan fliers di sekitar masjid tanah dgn bantuan 5 org student.. taman2 n surau serta masjid aku letakkan fliers..

Semasa pertandingan pula, aku bertugas sebagai pembantu penyelaras utk kategori Pertandingan Hotel & Katering.. hurmm syok sgt jaga khemah hot-kat ni.. best2 menu yg dorg masak.. ade 4 kategori yg dipertandingkan.. antaranya wester, asian, mocktail & lg satu tu aku x igt.. aku jaga bahagian mocktail.. ade 5 peserta dr kk ktn, kk langkawi, kkbb & kk sp.. takut giler aku tgk..rupanya mocktail ni ade masa cuma 5 mnt sahaja.. just sediakan air tp ade peserta yg wat persembahan dulu contoh guna botol n dok pusing2 botol tue.. aku takut giler tgk.. aku jd MC utk mocktail ni...

Akhirnya keempat-empat kategori dibolot oleh kk langkawi!berbaloi dtg jauh2.. pelajar2 kolej komuniti mmg berbakat la..

selain dr itu, kolej2 juga diminta membuat pameran.. bila singgah di khemah kk jelebu, terjumpalah shida ( ex housemate umah oren).. dia bg aku test rs jem kurma yg student dia buat sendiri.. mmg best... tp x dpt borak lama ngat sbb aku kena jaga khemah hot-kat..
penat usah ckpla..

ari jumaat tu teman jaja set up khemah hot kat sampai kul 12 tgh malam.. lepas tu ari sabtu plak jaga pertandingan.. malam ade show.. blk kul 10 mlm.. ahad tu pepagi jaja dah amek aku di hotel kul 8am.. ahad pon blk malam gak lepas isyak.. isnin masuk keje mcm bese.. sumer staf kkmt kepenatan teramat... aku sampai nk demam ni..

Tapi keseluruhan sgt best.. sumer staf memberi kerjasama yg sgt baik.. syabas kepada staf KKMT.. u r da best!

Tahniah juga kepada kkmt sbb dpt pingat emas dlm pertandingan cerita pendek (pelajar) & perak dlm e-modul (pensyarah)..

bergambar gang Kipa kohort 2 .. dr kiri syed(kkbb), ubai (kkmt), aku, k.akma(kkmt) & eddy (kkmt)

Mcm ni la suasana dlm admin kami.. sumer org bz menyiapkan goodies bag.. makcik cleaner pon turut membantu...

Penat2 kerja kena ngeteh kejap .. bwh dataran pahlawan ada kedai mamak subaidah 24 jam...

Ini hasil student dlm pertandingan ukiran buah kot.. aku x igt yg mana nom 1..

Bergambar dgn geng kkbb iaitu org kuat khemah hot-kat ni... sgt syokla lepak dgn dorg ni... terutamanya kak nita .. :)

No comments:

Post a Comment

Thank You