Tuesday, July 23, 2013

Resipi Kek Orange Bersalut Chocolate

Salam Ramadhan penuh barakah.. bulan penuh kerahmatan.. ramadhan ke-12 aritu kebetulan pada hari ahad.. so free free di umah, rasa nk baking cake.. so saya pon mula lah usha peti n kabinet dapur.. done, semua bahan2 ada utk membuat kek orange.. so i share recipe kek orange ini.. resipi dapat dr mak ijah tersayang..

Bahan - Bahan :

Buttercup - 250g (sebuku)
gula - 1 cawan ( aku pakai gula castor)
telur - 5 biji
tepung gandum - 2 cawan (kasi ayak)
sedikit tepung naik sendiri - (ayak kan juga)
baking powder - 1 sudu teh (ayak skali dgn tepung2 tadi )
Buah Orange - 1 biji (kulit di parut dan jus oren diperah : 4 sudu besar jus)
sedikit esen vanilla

Cara-caranya:

1. Pukul Butter + gula castor + esen vanilla sehingga kembang
2. masuk kan telur sebiji demi sebiji dan terus pukul smp betul2 kembang
3. gaulkan bahan yg telah dipukul bersama tepung gandum+tepung naik sendiri+baking powder yang sudah di ayak.
4. masukkan kulit oren yg sudah diparut dan jus oren...
5. masukkan dalam spring foam (kalo xde loyang pon ok).. jgn lupa sapukan dlu dgn butter k..
6. bakar dlm oven.. suhu 180 api ats bawah.. selama 1j (sehingga masak)

**oven sila panaskan dari awal.. 






Gebu tak kek oren ku?


ini deko deko org x kreatif mcm aku.. hehehe just double boil kan beryls milk choc dan tuang ats kek.. pastu tepek hirisan orange dan tabur choc chip tu.. done..

Rasa nya memang best!... Selamat mencuba!

Thursday, July 11, 2013

Salam Ramadhan 2013

Alhamdulilah... bertemu lagi kita di ramadhan kareem... Terima kasih Allah kerana masih memberi peluang kepada kita untuk menikmati ramadhan ini... 

Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa
sebagaimana diwajibkan ke atas mereka yang terdahulu daripada kamu,
moga-moga kamu bertaqwa. [al-Baqarah 2:183]




Dalam banyak kajian yang telah dijalankan, menunjukkan berpuasa sebulan penuh di bulan Ramadhan memberikan banyak kebaikan dari sudut kesihatan antaranya :
1. Tidak makan dan minum selama berpuasa memberikan kesempatan kepada organ pencernaan untuk berehat di dalam tempoh lebih kurang 14 jam.

2. Menurut Allan Scott dalam bukunya Fasting as a Way of Life) dengan berpuasa dapat membantu sistem saraf untuk berehat sekaligus menormalkan metabolisme tubuh.

3. Berpuasa membantu menurunkan kadar gula darah, kolestrol jahat serta  tekanan darah yang selama ini mungkin berlebihan kerana pola makan yang tidak sihat.

4. Diet yg ideal untuk menurunkan berat badan.

5. Latihan untuk mendisiplinkan diri seperti untuk berhenti merokok atau menghentikan tabiat suka mengunyah makanan ringan.

6. Melatih untuk mengendalikan hawa nafsu yang mana amat bermanfaat untuk mental seterusnya mempengaruhi fizikal secara keseluruhannya.

Wallahualam....

Thursday, July 4, 2013

Resipi Oreo Cheese Cake

Salam Khamis penuh barakah... malam tadi saya berkesempatan mencuba 'oreo cheesecake' tru blog Cahaya Cintaku - http://mylovelyfamily-ana.blogspot.com ... TQ so much to dis bloggerr.. banyak ilmu masakan kek yg sy belajar dari dia.. 

so i have doing my own oreo cheese cake... so i wanna share the simple recipe with all of u..


Bahan A - Base :
30 keping biskut oreo yang dibuang cream (kisar halus)
1/4 cwn butter (cairkan dulu)

Cara-cara:
Campurkan oreo dan butter yg telah dicairkan... tekan sehingga mampat pd loyang.. lg bagus buat cheese cake pakai spring foam.. cantik jadinya nanti...

Bahan B:
500 g cream cheese ( nk sedap pakai philadelphia)
1/2 cwn gula halus
1/2 sudu teh esen vanilla

Pukul sampai sebati

1/2 cwn plain yogurt
2 biji telur
1 cwn biskut oreo yg dibuang cream (pecah2kan)


Pukul sehingga sebati cream cheese, gula dan esen vanilla, masukkan yogurt, pukul lagi dan masukkan telur sebijik sebijik.. dan akhirnya masukkan oreo yg telah dipotong2 kecil (jgn terlalu hancur nnt ilang color putih..mcm my 1st trial di ats halus sgt oreonya smp x nmpk color cheese)

ok itu sahaja..selamat mencuba....