Assalamualaikum ...
sepatutnya arini nk g uitm shah alam collect report utk dibuat correction.. rupanya my SV 7 Examiner still x siap checking lagi... so tunda la n cancel cuti..
so mlm tu rs nk bake something.. apa eh.. nk bake cake mcm "boringggg".. hihihi so tetiba dpt idea nak wat "Blueberry cheese Tart".. dah lama jgk nk wat mende ni tp x terbuat lg.. so bkk almari, cek bahan2.. ok sume ada!..
maka hasilnya seperti di bawah :
deko bunga tu masih perlu diperbaiki.. rasa..emmmmm walaweyy.. nyum nyum.. anda kena rasa dulu.. hehehehhe
Wednesday, January 8, 2014
Tuesday, January 7, 2014
2014
Salam 2014!
Assalamualaikum sahabat2ku yg disayangi... lama rasanya x update..last sept 2013 yg lepas..
actually kebizian membuat tesis masters telah melimitkan masa utk saya writing blog.. so now alhamdulillah tesis done.. kn tggu for correction.. wish me all the best..
start january,3rd.. last day our officemate, shauqi..kerana further study at newcastle! bestnya shauqi.. all the best.. ilang sorg team badminton.. neway wish u n wife all da best in ur masters...
sekadar renungan untuk adam dan hawa... azam baru sempena 2014!!
Sunday, September 29, 2013
Red vv for Laili

Cinta jannah... Red vv order by laili (officemate).. Surprise for her hsbnd birthday...
Semoga dgn tempahan kek ini lebih mengeratkan ikatan cinta mereka hingga ke syurga... Amin...
Tuesday, August 20, 2013
Baking for Raya
Salam Aidilfitri semua.. masih blom lmbt lg ni.. nk ucap selamat hari raya aidilfitri..maaf zahir dan batin dr hujung rambut hingga hujung kaki...
just nk share, raya yg lepas aku hangkut semua peralatan bwk blk kg.. hehehe terkejut mak di kg.. so pic2 kat bwh ni mmg semua buat sendiri... for raya...
Tiramisu ni spesel skit sbb order by Diella utk besday Anggun 2 years old.. so simple je deconya.. maklumlah aku ni bukan creative benor.. budak baru belajar...
Diella pon order chocolate dgn icing image Anggun pada lollichoc tersebut...
Red VV ni spesel utk my fren yg nk dtg beraya pd raya ke-3.. tapi malangnya ubai dtg awal pagi..lom sempat bake lg.. sian ko bai..nxt tme will bake for u.. then tok tam dtg beraya, hidangkan je la.. then simpan blk dlm peti for my BFF(nini izah zaid erna diella).. malangnya aku x perasan mak dah g jamu kpd tetamu.. kekekek kesian u ols.. tggl 1 slice only.. sharing2 la ye...
Red VV Cup cake ni order by officemate.. Fara diba.. tq DIba...
Oreo Cheesecake ni mmg baked utk ank2 buah makan... raya ke-2 dah licin...
Orange Cup Cake.. request by my mom.. mak tingin nk makan kek orange...
Ini mmg aku tingin nak wat sendiri.. Sardin puff... tapi cheat skit la.. sebab beli pastry ready made.. wakakak beli kat giant.. jenama kawan...
ho yeahhh... meleleh air liur menengoknya... sodap!!! oh My God, i am not a food lover... ye ke??
Tuesday, July 23, 2013
Resipi Kek Orange Bersalut Chocolate
Salam Ramadhan penuh barakah.. bulan penuh kerahmatan.. ramadhan ke-12 aritu kebetulan pada hari ahad.. so free free di umah, rasa nk baking cake.. so saya pon mula lah usha peti n kabinet dapur.. done, semua bahan2 ada utk membuat kek orange.. so i share recipe kek orange ini.. resipi dapat dr mak ijah tersayang..
Bahan - Bahan :
Buttercup - 250g (sebuku)
gula - 1 cawan ( aku pakai gula castor)
telur - 5 biji
tepung gandum - 2 cawan (kasi ayak)
sedikit tepung naik sendiri - (ayak kan juga)
baking powder - 1 sudu teh (ayak skali dgn tepung2 tadi )
Buah Orange - 1 biji (kulit di parut dan jus oren diperah : 4 sudu besar jus)
sedikit esen vanilla
Cara-caranya:
1. Pukul Butter + gula castor + esen vanilla sehingga kembang
2. masuk kan telur sebiji demi sebiji dan terus pukul smp betul2 kembang
3. gaulkan bahan yg telah dipukul bersama tepung gandum+tepung naik sendiri+baking powder yang sudah di ayak.
4. masukkan kulit oren yg sudah diparut dan jus oren...
5. masukkan dalam spring foam (kalo xde loyang pon ok).. jgn lupa sapukan dlu dgn butter k..
6. bakar dlm oven.. suhu 180 api ats bawah.. selama 1j (sehingga masak)
**oven sila panaskan dari awal..
Gebu tak kek oren ku?
ini deko deko org x kreatif mcm aku.. hehehe just double boil kan beryls milk choc dan tuang ats kek.. pastu tepek hirisan orange dan tabur choc chip tu.. done..
Rasa nya memang best!... Selamat mencuba!
Thursday, July 11, 2013
Salam Ramadhan 2013
Alhamdulilah... bertemu lagi kita di ramadhan kareem... Terima kasih Allah kerana masih memberi peluang kepada kita untuk menikmati ramadhan ini...
Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:
Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa
sebagaimana diwajibkan ke atas mereka yang terdahulu daripada kamu,
moga-moga kamu bertaqwa. [al-Baqarah 2:183]
SUmber Dari Blogger : http://darikacamatatokwan.blogspot.com/2012/07/manfaat-berpuasa-ramadhan-dari-sudut.html
Dalam banyak kajian yang telah dijalankan, menunjukkan berpuasa sebulan penuh di bulan Ramadhan memberikan banyak kebaikan dari sudut kesihatan antaranya :
1. Tidak makan dan minum selama berpuasa memberikan kesempatan kepada organ pencernaan untuk berehat di dalam tempoh lebih kurang 14 jam.
2. Menurut Allan Scott dalam bukunya Fasting as a Way of Life) dengan berpuasa dapat membantu sistem saraf untuk berehat sekaligus menormalkan metabolisme tubuh.
3. Berpuasa membantu menurunkan kadar gula darah, kolestrol jahat serta tekanan darah yang selama ini mungkin berlebihan kerana pola makan yang tidak sihat.
4. Diet yg ideal untuk menurunkan berat badan.
5. Latihan untuk mendisiplinkan diri seperti untuk berhenti merokok atau menghentikan tabiat suka mengunyah makanan ringan.
6. Melatih untuk mengendalikan hawa nafsu yang mana amat bermanfaat untuk mental seterusnya mempengaruhi fizikal secara keseluruhannya.
1. Tidak makan dan minum selama berpuasa memberikan kesempatan kepada organ pencernaan untuk berehat di dalam tempoh lebih kurang 14 jam.
2. Menurut Allan Scott dalam bukunya Fasting as a Way of Life) dengan berpuasa dapat membantu sistem saraf untuk berehat sekaligus menormalkan metabolisme tubuh.
3. Berpuasa membantu menurunkan kadar gula darah, kolestrol jahat serta tekanan darah yang selama ini mungkin berlebihan kerana pola makan yang tidak sihat.
4. Diet yg ideal untuk menurunkan berat badan.
5. Latihan untuk mendisiplinkan diri seperti untuk berhenti merokok atau menghentikan tabiat suka mengunyah makanan ringan.
6. Melatih untuk mengendalikan hawa nafsu yang mana amat bermanfaat untuk mental seterusnya mempengaruhi fizikal secara keseluruhannya.
Wallahualam....
Thursday, July 4, 2013
Resipi Oreo Cheese Cake
Salam Khamis penuh barakah... malam tadi saya berkesempatan mencuba 'oreo cheesecake' tru blog Cahaya Cintaku - http://mylovelyfamily-ana.blogspot.com ... TQ so much to dis bloggerr.. banyak ilmu masakan kek yg sy belajar dari dia..
so i have doing my own oreo cheese cake... so i wanna share the simple recipe with all of u..
Bahan A - Base :
30 keping biskut oreo yang dibuang cream (kisar halus)
1/4 cwn butter (cairkan dulu)
Cara-cara:
Campurkan oreo dan butter yg telah dicairkan... tekan sehingga mampat pd loyang.. lg bagus buat cheese cake pakai spring foam.. cantik jadinya nanti...
Bahan B:
500 g cream cheese ( nk sedap pakai philadelphia)
1/2 cwn gula halus
1/2 sudu teh esen vanilla
Pukul sampai sebati
1/2 cwn plain yogurt
2 biji telur
1 cwn biskut oreo yg dibuang cream (pecah2kan)
Pukul sehingga sebati cream cheese, gula dan esen vanilla, masukkan yogurt, pukul lagi dan masukkan telur sebijik sebijik.. dan akhirnya masukkan oreo yg telah dipotong2 kecil (jgn terlalu hancur nnt ilang color putih..mcm my 1st trial di ats halus sgt oreonya smp x nmpk color cheese)
ok itu sahaja..selamat mencuba....
Subscribe to:
Posts (Atom)


